Thursday, March 7, 2013

Apa niat yang membuatkan diri ingin membuat blog??

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لِله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Tiba-tiba sahaja hati hari ini nak buat blog sedangkan saya bukanlah seorang yang suka ber"blog". Apa hajatnya wahai al-fakir Muhammad Alif?

Sebenarnya ini adalah salah satu cara permulaan penulis mencapaikan hasrat untuk menjadi penulis supaya mudah untuk orang awam mengkritik dan menilai penulisan ini. Bukan sahaja untuk menjadi penulis malah menjadi tempat ini untuk mengasah diri untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu tentang Agama. Perkongsian serta apa yang disampaikan hendaklah anda menilai kerana mungkin ada kekurangan atau kecacatan pada penulisan ini. Oleh itu, tegurlah sekiranya ada kesalahan.

Blog ini hanyalah salah satu medium untuk penulis menyebarkan dakwah sebagaimana dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda :

بلغوا عني ولو آية
"Sampaikan dariku (Muhammad) walau satu ayat."

Maka dengan hadis Nabi s.a.w ini yang membuatkan diri penulis yang kerdil ini untuk terus membuat blog dalam usaha dakwah ini.

Dengan blog ini dijadikan adalah tujuan untuk melahirkan kesyukuran nikmat syukur yang diberikan oleh Allah s.w.t. Dengan penghasilan blog ini adalah kerana Allah suka nikmat-Nya kepada hamba diperlihatkan sebagaimana dalam hadis Nabi s.a.w :

إنا الله يحب أن يرى أثرنعمته على عبده
"Sesungguhnya Allah suka melihat kesan nikmat-Nya  kepada hamba-Nya.

Sebelum penulis menutup penulisan ini, hendaklah diri ini diingatkan supaya tidak terperdaya dengan hasutan syaitan sebagaimana dalam firman Allah s.w.t : 

"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."
(Surah Fatir: 06)

Moga kita jauh daripada tipu daya syaitan. 


وَصَلَى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

 


ƒ
Views

No comments:

Post a Comment